a Sebuah Hikayat: Membunuh Ular Sakti Mona – Yayasan Alam Melayu Sriwijaya

Alkisah maka tersebutlah Sang Si Perba kerajaan di Minangkabau itu; pada suatu hari berhimpun segala Orang Besar-besar dan orang tua-tua, yang memegang anak negeri kepada Patih Suatang. Maka kata mereka itu, “Adapun raja kita ini dikatakan anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, pancar Sulaiman ‘alaihi s-salam; mari kita cuba dahulu jikalau dapat baginda membunuh ular ‘Sakti Mona’ yang membinasakan perhumaan kita itu. Jika dapat baginda membunuh dia, kararlah baginda kita pertuan, dan jika tiada dapat, baiklah tuan hamba juga jadi raja kami.”
Maka Patih Suatang pun pergilah mengadap Sang Si Perba bersama-sama dengan sekalian mereka itu. Maka sembah Patih Suatang, “Terlalulah bahagia kami sekalian merajakan tuanku di tanah Minangkabau ini; tetapi tuanku, ada seekor ular besar membinasakan perhumaan kami itu. Jikalau ada derma kurnia tuanku, kami minta bunuhkan ular itu, kerana kami tiada dapat membunuh dia; berapa pun kami tetak dan kami tikam, tiada juga ia luka, jangankan matinya. Itulah kami minta bunuhkan kepada tuanku.”
Maka titah Sang Si Perba, “Baiklah, kamu tunjukkanlah aku tempatnya.” Maka dibawa oranglah baginda kepada tempat ular itu. Maka ada seorang hulubalang baginda, Permasku Mambang namanya, maka ia dititahkan oleh Sang Si Perba membunuh ular itu. Maka curik Si Mandang Kini itu dikurniakan baginda kepadanya. Maka titah baginda, “Pergilah engkau bunuh ular itu dengan curikku ini, matilah olehnya.”
Maka ia pun pergilah bersama-sama mereka itu kepada tempat ular itu. Setelah ular itu mencium bau manusia, maka ular itu pun keluarlah hingga kepalanya dari dalam rongganya. Dilihatnya ular Sakti Mona itu berlingkar seperti busut yang besar rupanya. Setelah ular itu melihat Permasku Mambang, ia pun menggerakkan dirinya, maka diparang oleh Permasku Mambang, penggal tiga lalu mati.
Maka Permasku Mambang pun kembalilah bersama-sama dengan sekalian mereka itu, mengadap Sang Si Perba, persembahkan ular itu sudah mati, tetapi curik Si Mandang Kini sumbing seratus sembilan puluh. Maka Sang Si Perba pun terlalu sukacita, beberapa puji baginda akan Permasku Mambang serta dianugerahi baginda persalinan dengan sepertinya. Maka kerajaanlah baginda dalam Minangkabau, kararlah dengan Sentosa datang kepada anak cucu baginda, Sebermula maka tersebutlah perkataan Tajitram Syah rosak di Laut Selbu, terdampar ke pantai dengan beberapa orang lasykar baginda.
Hatta sampai kepada sebuah kuala sungai bernama Belambang Majut, dahulunya sebuah negeri; Belambang Majutlah nama negeri itu, rajanya bernama Demang Kebayunan; dan ada anaknya seorang perempuan, terlalu baik rupanya bernama Raden Suwata Caratu, pancar Demang Lebar Daun juga. Pada masa itu Demang Kebayunan hilir bermain ke kuala dengan segala hulubalang, berjalan di pasir. Maka Demang Kebayunan pun bertemulah dengan Tajitram Syah duduk di bawah pohon ru, dihadap oleh lasykarnya.
Maka tanya Demang Kebayunan, “Dari mana tuan Hamba datang yang serupa ini?
Apa sebabnya maka duduk di sini?” Maka sahut Tajitram Syah, “Adalah Hamba ini orang rosak, kena taufan!” Maka diceriterakannyalah daripada mulanya sampai ia rosak itu, habis diceriterakannya.
Setelah Demang Kabayunan mendengar baginda itu anak raja besar, maka dibawanya kembali ke negerinya, didudukkan dengan anaknya yang bernama Raden Seridari itu. Maka beranaklah ia empat orang, dua orang lelaki dan dua orang perempuan. Seorang Ratna Dewi namanya, dan yang seorang lagi namanya Seri Dewi; yang lelaki itu yang seorang bernama Maniaka, dan seorang Nila Kama.
Syahadan tatkala telah termasyhurlah raja turun ke Bukit Si Guntang itu daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain, maka kata sahibul hikayat, datanglah suruhan raja China meminang. Maka didengarnya Tajitram Syah itulah raja benua Keling, daripada anak cucu Iskandar Zul-Karnain ada di negeri Belambang Majut. Maka suruhan raja China itu pun datanglah ke negeri itu meminang. Maka oleh Tajitram Syah diberikannya anakanda baginda yang bernama Seri Dewi itu, kerana ia yang tua, ke benua China; dan seorang dipinang raja benua Jawa, Ratu Majapahit, diberikan baginda anakanda baginda yang bernama Ratna Dewi itu. Maka titah baginda “Berhubunglah benua China dan benua Jawa dengan benua Keling.”
Hatta, maka terdengarlah ke benua Keling Tajitram Syah rosak, ada duduk di dalam tanah Andalas, sebelah Laut Selbu; maka segala menteri baginda dalam Canda Kani datanglah beberapa puluh buah kapal menjemput baginda. Adalah kata yang empunya ceritera, maka Tajitram Syahpun kembali membawa anakanda baginda kedua ke benua Keling. Demikianlah dalam hikayat, perkataannya yang sempuma. Maka adapun negeri Belambang Majut itu sekarang dinamai orang Bangkahulu, dahulukala negeri besar adanya.
***Rujukan: Kitab Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, Edisi Pelajar, A. Samad Ahmad

Sulalatus Salatin adalah judul asal Sejarah Melayu. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Sejarah Melayu Sulalatus Salatin dianggap penting kerana ia memberikan adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu.

(Visited 122 times, 1 visits today)
Sebuah Hikayat: Membunuh Ular Sakti Mona
Tagged on:             

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

slot gacor judi bola gb777 gacor 131 judi bola slot dana slot demo judi bola slot triofus akun pro thailand akun pro lebanon akun pro kamboja akun pro malaysia akun pro vietnam
slot gacor slot gacor88 slot hoki dominoqq dominoqq pkv games bandarqq dominoqq pkv games slot hoki hk togel hk togel singapore depo 25 bonus 25 slot deposit pulsa tanpa potongan idn slot slot777 idnslot slot triofus slot bni slot bonus slot bri slot bsi slot dana slot mahjong slot kakek zeus pkv games poker online rtp slot game slot slot gacor slot123 slot thailand bandarqq pkv games pkv games bandarqq bandarqq bandarqq pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games poker online qq qq qq poker dominoqq dominoqq dominoqq slot88 slot77 slot qris slot pulsa idn slot judi online togel123 togel hk pgsoft slot hoki mpo play slot123 slot terbaru slot triofus sbobet88 slot resmi jam hoki main slot slot resmi slot pulsa pkv games mix parlay slot demo pkv games mpo slot mix parlay bandarqq slot deposit pulsa slot demo pgsoft ding dong togel online pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games pkv games bandarqq bandarqq bandarqq bandarqq bandarqq bandarqq bandarqq bandarqq bandarqq bandarqq bandarqq dominoqq dominoqq dominoqq dominoqq dominoqq mpo slot togel singapore online judi online slot123 slot hoki slot hoki slot hoki slot hoki slot pulsa slot resmi jam hoki main slot togel hk bocoran admin jarwo togel online togel online togel hk bocoran admin jarwo pg soft dominoqq bandarqq slot resmi slot terbaru
klik66 klikqq liga99 priaqq cafeqq ayahqq kartu66 cantikqq abangqq ligapoker ligacapsa serverpkv slot hoki 4d poker qq rtp slot slot pulsa dominoqq pkv games bandarqq poker qq slot pulsa dominoqq pkv games