Syahadan termasyhurlah pada segala negeri bahawa Demang Lebar Daun mendapat anak raja tiga bersaudara dari Bukit Si Guntang dan daripada anak cucu Raja Iskandar Zul-Karnain. Maka datanglah Patih Suatang, raja Minangkabau, ke Palembang dengan segala pegawai dan rakyat sekaliannya, minta